PerniagaanRuang Niaga

PELUANG RUNCIT DI TRANSIT BERSAMA MRT CORP

Kembangkan perniagaan anda dengan kami dan jadilah sebahagian daripada rangkaian runcit kami.

Runcit di mana sahaja

Perkhidmatan tren MRT menjadi pilihan pengangkutan bagi penduduk di kawasan Lembah Klang. Peningkatan pengunaan perkhidmatan tren MRT bukti bahawa sistem tren telah menjadi sebahagian daripada mod pengangkutan di kalangan orang awam. Selain daripada menjadi penyedia perkhidmatan pengangkutan awam dan nadi perhubungan, perkhidmatan runcit menawarkan kemudahan kepada para pengguna di sepanjang laluan tren.

Kami menjemput para usahawan yang ingin meluaskan perniagaan di pasaran transit bagi menawarkan perniagaan yang unik dan berkembang seiring dengan perkembangan laluan MRT.

MOHON SEKARANG

Apa yang kami cari

Dalam persekitaran transit yang pantas, kami mencari perniagaan yang memenuhi permintaan transit ini, perniagaan yang memenuhi konsep “Grab & Go”, memenuhi keperluan dan kemudahan pelanggan semasa mereka dalam perjalanan.

Mempunyai kewangan yang kukuh
dengan rekod kewangan terbukti

Mampan dengan sekurang-kurangnya tiga
(3) tahun pengalaman

Konsep runcit “Grab & Go”
beserta pelan operasi yang lengkap

Kami sangat menggalakkan perniagaan berorientasikan perkhidmatan bagi mempelbagaikan lagi penawaran runcit di stesen. Sila rujuk maklumat lanjut di bawah.

 

Larangan

Bagi mematuhi piawaian keselamatan di stesen tren dan operasi, bahan mudah terbakar tidak dibenarkan dalam ruang runcit. Oleh itu, segala bentuk aktiviti memasak secara langsung adalah dilarang sama sekali. Ini termasuk tetapi tidak terhad kepada aktiviti memasak secara langsung menggunakan peralatan dengan elektrik/ gas/ api, atau apa-apa jenis aktiviti memasak yang mengeluarkan asap. Peralatan pemanasan seperti ketuhar gelombang mikro, atau ketuhar, atau periuk induksi dibenarkan tertakluk kepada spesifikasi yang diterima dan dibenarkan oleh pihak MRT Corp. Penggunaan bahan mudah terbakar untuk bahan perabot dan perabot dalam ruang runcit juga tidak dibenarkan. Ini adalah selaras dengan keperluan pihak berkuasa tempatan untuk perniagaan di stesen tren.

 

Rakan kongsi kami

Pilih Stesen
Mencari
Ruang Runcit?
Peta Transit
Berintegrasi Lembah
Klang
Stesen Laluan
SBK