PublicPengumuman Trafik

Pengumuman Trafik

Jalan Sultan Azlan Shah (Segambut-Bound)
1 Jun
2017
31 Dec
2021

Waktu Aktiviti
24 hours daily

Penerangan

Long-term road realignment along a 230-metre stretch of Jalan Sultan Azlan Shah (Segambut-Bound)

Aktiviti

Construction works for MRT project


JALAN ST. THOMAS, JALAN IPOH (ARAH KEPONG & ARAH JALAN ST. THOMAS)
2 Jun
2019
18 Nov
2019

Waktu Aktiviti
24 jam

Penerangan

Untuk makluman, persimpangan lampu isyarat di Jalan St. Thomas, Taman Kaya akan ditutup. Pelan trafik berkenaan akan dilanjutkan dari 2 Jun 2019 sehingga 18 November 2019. Tempoh masa untuk kerja-kerja adalah selama 24 jam.

Aktiviti

Untuk penyediaan platform, penanaman cerucuk, pembinaan fasiliti stesen MRT dan sebarang kerja yang berkaitan.


JALAN KEPONG GARDEN (ARAH SELAYANG, ARAH KEPONG DAN ARAH TAMAN KEPONG GARDEN)
4 Jun
2019
22 Aug
2019

Waktu Aktiviti
10.00 malam – 6.00 pagi

Penerangan

Untuk makluman, penutupan penuh secara berperingkat dan berkala dan laluan alternatif sepanjang Jalan Kepong Garden (arah Selayang, arah Pekan Kepong dan arah Taman Kepong Garden) akan dilanjutkan dari 04 Jun 2019 hingga 22 Ogos 2019. Tempoh masa untuk kerja-kerja bermula jam 10:00 malam - 6:00 pagi, selama 79 hari.

Aktiviti

Bagi tujuan kerja regangan Kekotak Segmen (SBG), pemasangan dinding parapet serta kerja –kerja lain yang berkaitan dengan pembinaan MRT


JALAN KAMPUNG BATU DAN JALAN KEPONG LAMA
1 Jun
2019
15 Nov
2019

Waktu Aktiviti
9:00 malam – 6:00 pagi

Penerangan

Untuk makluman, penutupan separa lorong secara berperingkat sepanjang 30 meter setiap peringkat di Jalan Kampung Batu dan Jalan Kepong Lama akan dilanjutkan dari 1 Jun 2019 sehingga 15 November 2019. Tempoh masa untuk kerja-kerja tersebut adalah dari 9:00malam sehingga 6:00pagi selama 4 bulan 15 hari.

Aktiviti

Untuk kerja- kerja pemindahan utiliti dan sebarang kerja yang berkaitan.


JALAN KEPONG GARDEN (ARAH SELAYANG, ARAH KEPONG DAN ARAH TAMAN KEPONG GARDEN)
3 Jun
2019
22 Aug
2019

Waktu Aktiviti
10.00 malam - 6.00 pagi

Penerangan

Untuk makluman, penutupan penuh secara berkala dan laluan alternatif sepanjang Jalan Kepong Garden (arah Selayang, arah Pekan Kepong dan arah Taman Kepong Garden akan dilanjutkan dari 03 Jun 2019 hingga 22 Ogos 2019. Tempoh masa kerja-kerja adalah bermula dari 10.00 malam hingga 6.00 pagi, selama 80 hari.

Aktiviti

Bagi tujuan kerja regangan kekotak segman (SBG) dan pemasangan dinding parapet dan lain lain kerja berkaitan MRT


PERSIARAN JATI, DUKE2, MRR2 DI JALAN KUALA SELANGOR
1 Jun
2019
30 Jun
2019

Waktu Aktiviti

Penerangan

Untuk makluman, penutupan lorong secara berperingkat dan berkala sepanjang Persiaran Jati, DUKE2 dan MRR2 di Jalan Kuala Selangor akan dilanjutkan dari 01 Jun 2019 – 30 Jun 2019. Tempoh masa kerja-kerja akan bermula dari jam 10:00 malam - 6:00 pagi, selama 1 bulan.

Aktiviti

Menjalankan kerja-kerja pemasangan dinding parapet, kerja-kerja konkrit di atas landasan dan sebarang kerja-kerja yang berkaitan dengan pembinaan MRT


JALAN KUALA SELANGOR DARI LEBUHRAYA DAMANSARA PUCHONG (ARAH SUNGAI BULOH)
1 Jun
2019
30 Jun
2019

Waktu Aktiviti
10:00 malam – 6:00 pagi

Penerangan

Untuk makluman, penutupan lorong susur masuk ke Jalan Kuala Selangor dari Lebuhraya Damansara Puchong (LDP) akan dilanjutkan dari 01 Jun 2019 sehingga 30 Jun 2019. Tempoh masa untuk kerja-kerja akan bermula dari 10:00 malam – 6:00 pagi, selama 1 bulan.

Aktiviti

Menjalankan kerja-kerja pemasangan dinding parapet, kerja-kerja konkrit di atas landasan dan sebarang kerja-kerja yang berkaitan dengan pembinaan MRT


JALAN KUCHING, JALAN SIBU 1 DAN SUSUR MENGHALA KE SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DATO’ IBRAHIM YAACOB (ARAH KL & SELAYANG)
1 Jun
2019
30 Sep
2019

Waktu Aktiviti
11:00 malam - 5:00 pagi

Penerangan

Untuk makluman, penutupan lorong secara berkala di Jalan Kuching, Jalan Sibu 1 dan susur ke Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Ibrahim Yaacob akan dilanjutkan dari 1 Jun 2019 sehingga 30 September 2019. Tempoh masa kerja-kerja akan bermula dari 11:00 malam – 5:00 pagi selama 3 bulan.

Aktiviti

Untuk kerja-kerja pemunggahan barang, pembersihan tapak, pemindahan utiliti, perobohan kerb jalan, pelebaran jalan, pemasangan dinding parapet, pemasangan kekotak segmen dan sebarang kerja yang berkaitan.


JALAN IPOH DARI PERODUA HINGGA KE PAPARICH (ARAH KUALA LUMPUR) & DARI UNIVERSAL STUDIO KE WINSIN STATIONARY (ARAH KEPONG)
1 Jun
2019
31 Jul
2019

Waktu Aktiviti
10:00 malam – 6:00 pagi

Penerangan

Untuk makluman, penutupan jalan penuh secara berkala di Jalan Ipoh dari Perodua ke Paparich (Arah Kuala Lumpur) dan dari Universal Studio ke Winsin Stationary (Arah Kepong) akan dilanjutkan dari 1 Jun 2019 sehingga 31 Julai 2019. Tempoh masa untuk kerja- kerja tersebut adalah dari 10:00 malam – 6:00 pagi selama 2 bulan.

Aktiviti

Untuk kerja- kerja pelancaran kekotak segmen dan sebarang kerja- kerja berkaitan.