AwamLaluan Putrajaya

LALUAN PUTRAJAYA

Laluan Putrajaya merupakan laluan kedua yang dibangunkan bagi Projek KVMRT. Laluan ini akan memberi perkhidmatan kepada penduduk di koridor yang mempunyai lebih kurang 2 juta penduduk bermula dari Sungai Buloh, menerusi pusat Kuala Lumpur dan kawasan pinggiran bandar selatan ke Putrajaya, pusat pentadbiran kerajaan persekutuan Malaysia.

Jajaran yang panjangnya 52.2km terdiri daripada landasan bertingkat sepanjang 38.7km dan landasan yang melalui terowong bawah tanah sepanjang 13.5km. Laluan ini mempunyai 35 stesen yang terdiri daripada 24 stesen bertingkat dan 11 stesen bawah tanah.

Laluan ini mempunyai 11 stesen pertukaran untuk memudahkan penumpang yang perlu bertukar dari Laluan Putrajaya ke laluan rel yang sedia ada dan akan datang, termasuklah Keretapi Berkelajuan Tinggi Kuala Lumpur-Singapura. Enam belas stesen akan mempunyai kemudahan letak kereta
Kerajaan telah memberi kelulusan untuk melaksanakan Laluan Putrajaya pada 2014.

Pemeriksaan Awam di bawah Seksyen 84 Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 telah dijalankan dari bulan Mei sehingga bulan Ogos 2015 untuk mendapatkan maklum balas dan bantahan dari orang ramai.

Kelulusan terakhir bagi Skim Keretapi Laluan Putrajaya telah diberi oleh Kerajaan pada Oktober 2015, dan ini telah membolehkan pengambilalihan tanah dan proses perolehan dijalankan.

Kemajuan Terkini
Projek Laluan Putrajaya
Stesen
Laluan Putrajaya
Pandangan Hawk-Eye
Laluan Putrajaya

Peta Jajaran

 

Pada 15 September 2016, majlis pecah tanah yang dirasmikan oleh Perdana Menteri Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak telah diadakan di tapak bagi Stesen Putrajaya Sentral, menandakan bermulanya kerja-kerja pembinaan bagi Laluan SSP.

Fasa Pertama dari Stesen Sungai Buloh ke Stesen Kampung Batu akan mula beroperasi pada Julai 2021, sementara laluan dari Stesen Kampung Batu ke Stesen Putrajaya Sentral akan mula beroperasi di bawah Fasa Kedua pada Julai 2022.

Apabila Laluan Putrajaya beroperasi sepenuhnya, ia dijangka akan mencatat 529,000 penumpang sehari. Ini akan terus membantu mengurangkan kesesakan lalu lintas yang kini menghantui Kuala Lumpur.

Video Laluan Putrajaya

Informasi Projek
Laluan Kajang

Baca lagi

Stesen Laluan
Putrajaya

Baca lagi

Tren Laluan
Putrajaya

Baca lagi